Saturday, June 5, 2010

RAJUK

Gugur ranting ke bumi
Tanda rapuh percintaan
Rajuk yg tak mudah diubati lagi
Kesal yang tak sudah
Tinggal parut yg berdarah

Dari jendela kamar
Kepiluan aku termanggu
Melihat dunia ini
Bagai tiada ertinya lagi

Apa mungkin ada tempatnya
Untuk ku bergantung harapan
Gugur ranting dan benih cinta
Pasti membuat hidupku berubah

Oh kekasih berikanlah
Tanda kepastian
Yang sering ku impikan

Gugur ranting ke bumi
Tanda rapuh percintaan
Rajuk yg tak mudah diubati lagi
Tinggal parut yg berdarah...



My bro...

MUNGKIR


Sampai matikah bencana cinta ini,

Bebannya hanya di bahuku saja,

Bukankah kita bersama memulakannya,

Tak siapa memaksa...


Belum puaskah dendam di hatimu,

Belum redakah fitnah kau lemparkan,

Cukuplah sudah arang hitam kau guriskan,

Di wajahku oh sayang...


Katamu dulu...apa pun yang akan terjadi...kau di sisiku...

Tapi sayang... itu semua ternyata dusta... kau berpura...

Mengapa cinta yang suci jadi begini

Mengapa bicaramu semuanya hanya palsu

Sayangku mengapa...

Kau tak mahu menerimanya

Ini semua terjadi...

Salahmu jua...



Sedap jugak bila dengar lagu2 retro ni. Teringat pulak lagu ni, dendangan my bro (angkat) yang boleh tahan hensemnya masa muda-muda dulu dan menjadi kegilaan remaja2. Sekarang pun sweet and macho lagi abangku yang sorang ni walaupun dah beranak pinak. Lagu ni dengan band lama dia yang dah lama dibubarkan. Terkenang masa dulu2...



Thursday, June 3, 2010

Apabila Isteriku Tertawa

Ini merupakan salah sebuah lagu kegemaranku. Jiwa retro la katakan. Memang peminat setia Sohaimi Mior Hassan pun (suara romantik habis tu). Hehehe...Tapi lagu ni sweet sangat...menggambarkan betapa sayangnya suami tu pada isterinya walaupun hidup dalam serba kesederhanaan. Pasti bahagia dan indah hidup mereka. Terhibur seketika apabila mendengar lagu ini. Kalaulah seseorang suami tu karaoke/nyanyikan lagu ni pada isterinya, pasti isterinya akan rasa sgt dihargai dan disayangi. Suami romantik je la yang akan hadiahkan lagu2 mcm ni pada isteri tersayang.

Apabila Isteriku Tertawa
Artis: Sohaimi Mior Hassan


Aku sering dilanda kerinduan
Pada keamanan pada kedamaian
Namun semua gelora
Hilang entah di mana
Apabila isteriku tertawa

Aku risau memikirkan harga rumah
Makin melambung tinggi
Langsung tiada batasnya
Namun segala risau
Terus hilang ke mana saja
Apabila isteriku tertawa

Ketawanya pendek sahaja
Bagaikan sengaja direka
Namun penuh bermakna
Lantas mengubat segala duka

Aku sering memohon pada dia
Agar aku dan isteri sentiasa bersama
Kerna semua derita hilang entah ke mana
Apabila isteriku tertawa